NOTA KEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN SATU
Elektrik
MAKSUD ELEKTRIK
SUMBER ELEKTRIK
i. Sel Kering ii. Sel Basah iii. Dinamo Basikal
Kaedah menghasilkan elektrik:
- Melalui proses tindak balas kimia - contoh sel kering dan sel basah
- Melalui tindak balas aruhan kemagnetan - contoh dinamo basikal dan janakuasa
- Lain-lain seperti:
- kuasa solar
- tindakan haba
Sel Kering
- Sel kering menghasilkan voltan 1.5 volt
- Dua sel kering yang disambungkan secara siri akan menghasilkan 3.0 volt
Dua sel kering disambung siri - Arus elektrik yang dihasilkan oleh sel kering ialah arus terus (AT/DC)
- Tenaga elektrik yang dihasilkan oleh sel kering adalah daripada hasil tindak balas kimia
- Sel kering digunakan pada alatan elektrik mudah alih berkuasa rendah - seperti lampu picit, jam loceng, alatan permainan
Bahagian Sel kering
A = Punca positif , B = Bekas zink , C = elektrolit , D = Batang karbon , E = Punca negatif
Sel Basah
- Sel basah biasanya menghasilkan voltan 6.0 volt, 12 Volt dan 24 volt
- Sel basah boleh dicas semula dengan alat pengecas bateri
- Sel basah lebih dikenali sebagai bateri
- Sel basah digunakan di dalam kenderaan seperti motor, kereta, lori dan bas
Bahagian sel basah
A = Plat positif (plumbum peroksida) , B= Terminal positif , C = Penyelang , D = Plat negatif (plumbum) , E = Elektrolit (Asid Sulfurik Cair)
Dinamo Basikal
- Dinamo basikal menghasilkan voltan 6 volt - 12 volt
- Arus elektrik yang dihasilkan oleh dinamo ialah arus ulang alik (AU/AC)
- Tenaga elektrik yang dihasilkan oleh dinamo ialah hasil daripada aruhan kemagnetan
Bahagian Dinamo Basikal
A = Pemutar , B = Magnet kekal , C = Teras besi, D = gegelung dawai , E = punca elektrik
Jenis-jenis sel
- Sel Alkali
- Sel merkuri
- Sel lithium
- Sel nikel kadmium
KEGUNAAN ELEKTRIK
i. Pengisar ii. Lampu Pendafluor iii. TV iv. Sterika v. Radio
-
Untuk menghasilkan :
-
cahaya
- Contoh - lampu pendafluor, lampu pijar, LED
-
bunyi
- Contoh - Radio, siren, buzzer, loceng
-
haba
- Contoh - Pengering rambut, pembakar roti, seterika, cerek, ketuhar
-
gerakan
- Contoh - Kipas angin, pengisar, motor elektrik
-
isyarat elektronik
- Contoh - kalkulator, pad permainan, komputer
-
WAYAR ELEKTRIK
- Wayar kuprum beranemal
- Digunakan untuk membuat gegelung elektrik
-
Teras tunggal
- Digunakan dalam bidang elektronik
- Mampu mengalirkan elektrik kuasa sangat rendah
-
Teras kembar
- Digunakan untuk alat elektrik kuasa rendah seperti lampu dan peti suara
- Untuk membuat sambungan ke punca negatif dan positif atau wayar hidup dan wayar neutral sahaja
-
Kabel teras tiga
- Digunakan untuk menyambung alatan elektrik berkuasa tinggi
- Untuk membuat sambungan ke punca hidup, neutral dan bumi
I = Wayar kuprum beranemal , II = Wayar teras tunggal , III = Wayar teras kembar , IV = Kabel teras tiga
JENIS PLAG
- Plag 2 pin
- Digunakan untuk menyambung bekalan elektrik kepada alatan elektrik berkuasa rendah
- Radio , TV, Pencukur
- Plag 3 pin
- Terdapat 2 jenis, plag 3 pin 13 ampere dan plag 3 pin 15 ampere
- Digunakan untuk menyambung bekalan elektrik kepada alatan elektrik berkuasa tinggi
- Periuk nasi, ketuhar, peti sejuk, seterika mengunakan plag 3 pin 13 ampere
- Pendingin hawa menggunakan plag 3 pin 15 ampere
I = plag 2 pin , II = plag 3 pin
i. Kedudukan tamatan L, N, dan E
ii. Pemasangan kod warna yang betul
iii. Kabel teras tiga biru, hijau dan coklat
PENDAWAIAN PLAG 3 PIN 13 AMPERE
- Alatan
I = Pena Ujian , II = Penjalur wayar , III = Pisau lipat - Bahan
- Kabel teras 3
- Langkah-langkah
- Buangkan penebat kabel kira-kira 4 cm
- Jalurkan hujung ketiga-tiga wayar
- Pintalkan ketiga-tiga hujung wayar
- Buka penutup plag
- Pasangkan teras pada tamatan mengikut kod wayar yang betul iaitu
- Wayar coklat/hitam ---> tamatan hidup(L)
- Wayar biru/merah -----> tamatan neutral (N)
- Wayar hijau/hijau-kuning ------>Tamatan bumi (E)
- Tutup semula plag dan pasangkan skru
FIUS
i. Simbol fius ii. Fius katrij iii. Fius dawai
- Digunakan untuk memutuskan litar sekiranya berlaku litar pintas atau lebihan tenaga elektrik
- Memberi perlindungan kepada alatan elektrik daripada rosak dan terbakar
- Unit ukuran fius ialah ampere
- Terdapat dua jenis fius
- Fius katrij - digunakan dalam plag 3 pin dan fius perkhidmatan rumah
-
Fius 13A
- Digunakan dalam plag 3 pin 13 ampere
-
Fius 30A
- Digunakan dalam fius perkhidmatan dalam sistem bekalan elektrik domestik
-
- Fius Dawai - digunakan dalam kotak agihan berfius dalam rumah
- Fius katrij - digunakan dalam plag 3 pin dan fius perkhidmatan rumah
- Kadar fius yang biasa digunakan ialah 5A, 10A, 13A dan 30A
- Fius dibuat daripada aloi timah atau plumbum
LAMPU PIJAR DAN LAMPU PENDAFLUOR
i. Lampu pijar
| ii. Lampu Pendaflour
|
Lampu pijar
- Ciri-ciri lampu pijar
- Menghasilkan cahaya kuning yang menyilaukan mata
- Cahayanya panas
- Meninggalkan bayang hitam
- Menggunakan kuasa elektrik yang banyak
- Bahagian lampu pijar
- Filamen = menyala dan mengeluarkan cahaya
- Gas argon = mencegah filamen daripada terbakar dan putus
- Sesuntuh = menyambung filamen ke punca elektrik
- Mentol kaca = melindungi gas argon dan filamen
Lampu pendarfluor
Kelebihan Lampu pendaflour
- Warnanya putih terang dan tidak menyilaukan mata
- Cahayanya sejuk
- Menjimatkan elektrik
- Tidak meninggalkan bayang hitam
Bahagian Lampu pendarflour
- Tiub pendarfluor = berisi gas argon dan merkuri, menghasilkan cahaya ultra ungu
- Pemegang tiub = memegang pin elektrod
- Cok = membekalkan voltan tinggi
- Suis Penghidup = menghidupkan lampu
- Perumah = tapak memegang bahagian-bahagian lampu yang lain
thanks for the information ...
ReplyDeleteIt helps me to do my homework, KHB !